ASSALAMUALAIKUM WBK...

aku hanya insan biasa...

Monday, 16 January 2012

kasihnya ayah penuh pengorbanan...sayangnya ibu doa berpanjangan...kerna ALLAH menyayangi setiap ciptaan..

tanggal 16/01/2012 bersamaan dengan hari isnin...

bermulalah sudah sesi praktikal ku yang mana aku akan bergelar seorang guru bermula pada 30 januari 2012...
wa nampaknya hampir dekat sudah aku ke gerbang pintu seorang siswazah yang bakal memegang segulung ijazah, insyALLAH akan di permudahkan segalanya..AMIN..

namun tiada siapa mampu menduga saat aku harus memulakan langkah ke gerbang itu tetiba aku tersangkut seketika bila mana tuntutan yuran pengajian masih mempunyai nilai yang tinggi di dalam akaun pengajian mana tak nya rm beribu tak kan la aku di lepaskan oleh institusi pengajian???urm hanya ALLAH tahu hatiku saat aku menerima khabar yang blue form yang harus aku isi itu akan mempunyai masalah di bahagian pembayaran yuran...

sebak berbaur hiba hati ku,bukan juga kata sedih dengan macam tu cuma aku berfikir bagaimana harus ku khabarkan kepada kedua orang tua ku,dalam keadaan ekonomi keluarga jatuh berhabis sedangkan abah ku tak lekang duduk di rumah hanya mencari sesuap nasi yang ada untuk kami semua..

berfikir dan terus berfikir di mana agaknya harus ku dapatkan nilai sebegitu rupa dalam kondisi aku hanya seorang pelajar muda,alala pening pulak jadinya namun hanya satu yang terlintas di benak fikiran ku yang aku harus berterus-terang dengan abah walaupun hati ku seakan menangis saat itu dan seakan aku hilang ayat untuk ku aturkan ayat ku kepada abah..

ya ALLAH,aku tahu tak kan ada manusia yang tidak mempunyai ujian apatah lagi jika ALLAH lebih menyayangi hamba itu memang akan sekelip mata sahaja ujian akan turun padanya..mengelu untuk apa kerana tak kan ada habisnya keluhan itu walau di mana pun kita berada manakan tak nya saat kita ingin menggapai sesuatau yang kita impikan ALLAH turunkan sebegitu kecil ujian namun jika kita fikir semula betapa sayangnya ALLAH sehingga kita insan terpilih mendapat hadiah itu untuk menaksir sendiri menggunakan akal yang ALLAH kurniakan yang tidak ada pada ciptaan yang lainnya..

waktu zohor pun telah masuk tatkala aku sudah selesai menjamah makanan yang di belanja oleh seorang kawan,noradillah ya tu la seorang sahabat yang dalam diam sebenarnya aku kagumi ilmunya walhal aku tahu siapa dia namun tak kan terlintas untuk dia menyakiti ku malah seringkali dia memabantu ku.jika di sudut lain mungkin ada kelemahannya namun selama yang aku kenali banyak budinya yang tertabur di dalam lembaran hidup ku..bukan dia istimewa dalam hidupku namun budinya ku sanjung kerna keikhlasan nya sering ku lihat terpancar di wajahnya..

semua sahabat adalah hadiah ALLAH yang mahal nilainya,bahkan untuk menggapai seorang sahabat itu ALLAH sering memberi ujian pada setiap ukhwah yang terjalin tidak hairanlah aku rasa kasih sayang ALLAH terlalu banyak untuk ku kerana sahabat yang hadir di sekeliling ku terlalu banyak memberiku hadiah sebuah perjuangan melalui sebuah ikatan persahabatan,terima kasih ya RABB...

urm setelah aku selesai solat aku memberanikan diri membuat panggilan untuk abah dan dengan berserah aku menyatakan amaun yang perlu aku bayar untuk pengajian dan dengan nada layu abah berkata "owh kenapa mesti bayar juga?"..aku mula bernada bimbang akan abah,hanya mampu menjawab ya dan dengan pantas aku mendiamkan diri..namun di lubuk hati ku yang tadi hanya lembap kini mula berair kolam hatiku menahan sebak semuanya namun aku yakin ALLAH menguji ku untuk sejauh mana aku sabar dan yakin setiap yang ALLAH berikan berhikmah.lantas aku bangun dan merehatkan diri...

tersedar pabila sahabat itu membuat panggilan dan bertanyakan aku di mana lantas aku menjawab untuk pertanyaannya,ternyata aku terlelap seketika memikirkan solusi masalah yang aku hadapi dan aku terfikir yang aku harus menangguh pengajian dan setelah aku menyatakan kepada abah dan keluarga di kampung ternyata abah menidakkan keputusan ku dan meyakinkan aku yang abah akan berusaha mencari nilai yang di kehendaki institusi ku,seakan bercucuran air mata ku kala itu pabila niat abah ternyata tulus berkorban dan tak berpenghujung kata di balik ayatnya,aku bangkit semula dengan helaian permit praktikal ku di samping pada RABB ku berpaut agar menolong ku untuk mencari nilai yang di kehendaki dan hanya doa kekuatan ku...terasa di sebalik hiba ku itu,ku terbayang wajah ibu yang kuat menyatakan doanya dari kejauhan yang dapat aku rasakan,ya ALLAH ajaibnya doa ibu seakan aku di tahu dalam ujian kerna terasa hangat panas petang itu menjadi dingin kerna doa ibu lekat tepat di pipiku...

anehnya ku rasa segalanya,kekuataan ku tiba dariNYA melalui hanya sebaris ayat seorang abah dan semangat ku berkobar hanya doa seorang ibu ternyata kasih sayang mereka adalah hadiah ALLAH yang amat bermakna..ya ALLAH apa pun yang ada ini adalah hadiah mu terhadapku,hanya padaMU aku berserah kelak aku akan sentiasa tahu bahawa semuanya adalah dari MU dan bila pun ENGKAU inginkan bahkan ENGKAU hentikan pastinya jawapan MU akan terpancar..terima kasih MAHA PENCIPTA...

No comments:

Post a Comment