ASSALAMUALAIKUM WBK...

aku hanya insan biasa...

Friday, 29 July 2011

RABB hny ENGKAU mengerti...

RABB...
aku takut akan rasa sayang yang timbul ini memakan diriku..
ingin ku lari sejauh yang mungkin untuk ku biarkan rasa yang timbul ini tertinggal jauh di belakang..
ingin ku tangiskan segala rasa yang wujud ini agar ku terbebas dari cengkaman bisikan cinta...
ku mahu pergi namun semakin aku dihampir..

RABB,
terasa sakitnya ujian ini melebihi akan waktu yg berlalu..
mata seakan ingin tidak melihat dia dn d hati seingin ku benam perasaan ini yang terlahir untuknya..
seluruh kesempurnaan ada padanya dan aku hanya wanita yang di selubungi dosa yang memang tidak selayaknya buat dia..

RABB..
hanya ENGKAU maha tahu segalanya..
ku mohon jauhkan perasaan ini dan teguhkan hati ini..
dari memandangnya,mendengar katanya,melihat ke arahnya..
ku terbeban akan wujudnya perasaan ini..
yang selama ini aku pertahankan kerna aku tidak layak untuk mencintai dan hatiku yang berjanji hanya mencintakanMU...
namun mengapa aku terlepas lagi buat kali ini..
ku tak ingin perasaan ini jika membuatkan aku melupakanMU untuk sekali lagi..

RABB..
kuatkan lah hatiku y kian melemah..

Thursday, 28 July 2011

terungkap kasih ini kerna ku rindu akan insan yang mebimbing ku ke jalanMU..

RABB,
mungkinkah saat ini aku ENGKAU uji????
mengapakah beku hati ini untuk mengatakan apa yang tersirat dalam hati dan sanubari..
mengapakah aku megah lagi untuk menyintai hamba MU..
mengapa aku harus menyatakan hasrat hatiku yang selayaknya hanya ENGKAU dan aku yang tahu akan hadirnya rasa ini padanya..
mengapa kini ku mengalah setelah sekian lama aku cuba mengkuburkan perasaan menyintai hambaMU..
mengapa hadirnya dia seolah-olah telah mengubah akan tekad dalam hati ini untuk berhenti dari mencari cinta duniawi..
seseungguhnya payah aku melawan semua ni ILAHI,seakan-akan aku tewas dalam perasaan ini sendiri..
mengapa wujud perasaan pada insan sesempurna dia dalam hati dan rasa ini..
aku tak layak buatnya dan hanya wanita solehah saja yang selayaknya buat dia..

RABB,
jika kehadiran perasaan ini adalah sebenar-benar keinginan hati ku yang merindukan insan membimbing ku ke jalan MU..
jika hadir ku dalam hidupnya dapat di terima dengan sebaiknya olehnya,bantu aku ILAHI agar ketulusannya mendekatkan kami pada cintaMU..
jika masa kini tidak mampu ku rungkai rahsia di hati nya,berikan ku ssat yang akan datang mengerti akan apa yang hadir dalam dirinya sewaktu hatiku memerlukan insan sepertinya untuk membimbing ku ke jalanMU..

RABB,
sesungguhnya hati ku hanya ENGKAU pemilik yg hakiki..
sesungguhnya ILAHI biarkanlah rasa yang wujud pada nya ini adalh benar-benar kerna MU...
jika rasa ini hanya mainan perasaan atas bisikan syaitan y ENGKAU laknat padamkan dan jauhkan la hati antara kami..
namun jika hati ini benar-benar menyintainya kernaMU dan dia menerima ku seikhlasnya kerna MU,labuhkan la hati kami membina bahtera yg kukuh menujuMU..
permudahkanlah penyatuan hati antara kami ILAHI agar kegelisahan ini akan hilang dalam lembayung redhaMU..AMIN

Tuesday, 26 July 2011

bila cinta bertasbih...

tak siapa tahu getaran hati manusia lain pabila degupan rindu bertandang....
orang  lain pun tak akan rasa getarannya sehinggakan terasa detakan hati perindu seperti derasan air ombak yang memukul piggiran..
seluruh getaran hati akan meminta untuk mengungkapkan apa yang terbuku di hati,ingin berlari sepantasnya pada insan yang di nanti dan menyatakan segala rasa yang terpendam..
bahkan ada jua yang membuta tuli asalkan dapat memiliki cinta insani..
semua kekurangan di terima dan semua kelebihan di utamakan sehingga tidak peduli akan diri di tambahkan angau yang tak bertepi...

namun kita jua manusia adalah ciptaan MAHA kuasa..dan tak salah juak mencinta atau meminati namun..
kita ini akan pulang padanya pada waktu yang mungkin kita tak tahu bila masa dan waktunya..
mungkin saat kita tidur, solat,ke kelas dan sebagainya..
berdoalah padaNYA semoga keadaan kita mati dalam IMAN padaNYA..
berusaha berserah tentang hati,cinta dan rindu yang timbul pada diri..
semoga si dia di hati berada di bawah lapisan si DIA dalam diri..
biarkan cinta kita bertasbih pada yang hakiki(ILAHI)..


(ku karangkan saat hati ini di uji mencintai si dia)........

Sunday, 24 July 2011

sekudus doa tahajjud cinta..

ya RABB..
ku menadah tangan padaMU...
meminta setulus hati ku..
seluruh jiwa ku..
seluruh jasad ku..
seluruh hidupku..
yang aku jua adalah di dalam genggaman MU...
tiada upaya dan hina di sisi MU..
tiada kesempurnaan pada iman diriku..
tiada ketetapan pada takwa jasad ku..
tiada keistimewaan pada darjat di sisi MU..


ya RABB..
ku sedar kelemahan ku..
ku tahu siapa diriku..
ku tahu siapa diriMU..
ku alpa akan hadir MU..
ku leka memburu duniaMU...


ya RABB..
ringankan ujian ku..
tebalkan iman ku..
kukuhkan takwa ku..
tegakkan dakwah ku..
gunungkan tawwakal ku pada pengharapan mencintaiMU..

Thursday, 14 July 2011

buat mu bakal zauji ku...

hadir ku untukmu..
bukan lah satu alat pelepas nafsu..
bukan hamba untuk memenuhi semua marah mu..
bukan jua batu yang keras untuk kau lontar pabila marah merajai jiwa mu..

hadir ku untuk mu...
ku pinta bimbingan mu membawa ku ke jalan RABBI..
ku pinta sayang mu untuk kau membelai ku dengan penuh rasa sayang kerna aku amanah ILAHI..
ku pinta cinta mu cukup buat ku dalam melayar bahtera yang akan seringkali di landa ombak  tak bertepi..
ku pinta kestiaan mu untuk mengerti akan hati ku yang lemah pada tipu daya dunia duniawi..


hadir ku untuk mu..
untuk menuntun ku ke jalan yang di redhai ILAHI..
untuk menjaga ku saat tua yang pasti terbit di ruang hidup ini..
untuk meminta mu mengajar ku akan salahnya langkah ini..
untuk meraih hadirku dalam dakapan rindu ini..

hadir ku untuk mu..
akanku bahagiakan kau dalam apa jua pukulan bahtera ini..
akan ku menjadi penyeri hidup mu agar terubat lelah mu..
akan ku bentangkan sepenuh rasa kurniaan ILAHI kerna ku adalah isteri yang setia menanti..